Selasa, 21 Disember 2010

CINTA..

Secangkir cinta bersulamkan rindu,
Bertemankan ayat-ayat cinta menusuk kalbu,
Si teruna sibuk mengejar cinta si dara,
Si dara asyik menagih kasih teruna,
Begitulah fitrah insan,
Syurga cinta sentiasa menjadi buruan.
Cinta,
Sungguh indah untuk dilafaz dan didasari nikmatnya,
Kalimah penuh makna terhimpun segala rahsia,
Mudah sekali mulut insan melafazkan,
“Oh dinda, aku cinta padamu,”
“Biarpun lautan api sanggup kurenangi,”
“Berikanlah aku secebis cintamu,”
Begitulah manusia,
Sibuk mengejar cinta insan,
Sehingga lupa memburu cinta Tuhan,
Tuhan yang telah memberi nikmat kepada kita,
Tuhan yang telah menjaga dan mengawasi kita,
Tuhan yang telah memberikan nyawa untuk kita hidup di dunia,
Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita sebagai hambanya,
Layakkah cinta ini kita berikan kepada manusia,
Andai cinta Tuhan kita pinggirkan.
Biarpun cinta pada si dia itu tegar,
Biarlah cinta itu dituluskan niat kerana Allah,
Cinta itu anugerah Tuhan,
Fitrah insan sebagai jalan mendekatinya.
Justeru, dari sibuk mengejar cinta insan,
Bila mati ia akan ditinggalkan,
Bahkan, sering mengecewakan…
Jadi, burulah cinta Tuhan,
Cinta Tuhan berbalas pasti,
Bahagia menanti kekal abadi.

KISAH CINTA SEEKOR BURUNG

Sebuah kisah benar yang berlaku dalam dunia haiwan. Kisah percintaan seekor burung yang berjaya membuka minda manusia bahawa haiwan juga mempunyai perasaan. Cerita ini berkisar tentang detik-detik terakhir cinta seekor burung yang  sempat diabadikan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di situ. Mari sama-sama menghayati kisah cinta ini…
Nun jauh di sana kelihatan seekor burung betina mengalami kecederaan parah sedang terlantar di atas jalan. Dia dilanggar kenderaan ketika terbang pada paras yang terlalu rendah.
Dalam kekalutan itu, kekasihnya Si Jantan datang dengan membawa sedikit makanan.
Si Jantan tidak tahu mahu lakukan apa lagi selain memberikan kekasihnya sedikit makanan yang ada. Dengan susah payah dia cuba menyuapkan makanan itu kepada kekasih kesayangannya. Namun dia terkejut kekasihnya semakin lemah dan terus diam..
Dengan perasaan penuh gelisah dia cuba memanggil-manggil kekasihnya yang terkujur kaku. Cuba sedaya-uapaya menggerakkannya dengan perlahan-lahan…
“Awak…bangunlah! Bangunlah awak!”
Tangisan si burung jantan mula kedengaran…tetapi kekasihnya itu langsung tidak bergerak lagi.
Si burung terus menangis dan menangis disamping kekasih kesayangannya..
Sehingga akhirnya dia sedar, tiada apa lagi yang mampu dilakukan..Kekasih kesayangannya telah meninggal dunia buat selama-lamanya…Dia termenung panjang menahan sebak di dada.
Berjuta manusia dari Amerika, Europe dan India menangis melihat gambar-gambar yang menyayat ini. Begitulah yang dinyatakan oleh jurufoto yang mengambil gambar ini. Adakah kita masih rasa haiwan sedikit pun tidak mempunyai sebarang perasaan?

Ahad, 19 Disember 2010

KISAH CINTA SEJATI

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.
Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.
Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.
Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.
Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.
Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.
Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.
Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”
Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”
Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

KASIH PAK SUYANTO

Nuffnang Ads

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak. Disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respon), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bongsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu… Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya…
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini… Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku… Jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…” Sejenak kerongkongannya tersekat… “Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini?”
“Kalian menginginkan bapak bahagia… Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?”
“Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain… Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit?”
Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno… Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno…
“Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?”
Ketika itu Pak Suyatno pun menangis… Tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah Pak Suyatno bercerita… “Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…”
“Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya… Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata… Dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…”
“Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.”
“Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya… Aapalagi dia sakit… Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.”
“Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya… kerana DIA maha Mendengar…”

LELAKI EGO

Nuffnang Ads
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Sabtu, 18 Disember 2010

SAYA JATUH CINTA DEKAT AWAK DISEBABKAN SYAITAN

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang
paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik,menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi dia bkn muslim.Lelaki A
merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa.
Yang penting mamat
ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi
kampus pon pakai kereta mewah,
dah tu ada drebar pulak. Fuih,
sape tengok, melopong je lah.
Alice: Apasal awak datang nak
jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat
awak.
Alicememandang lelaki itu
dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik.
Sesiapa yang memandang awak
sekilas pasti tak puas. Sudikah
awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya
ada segala-galanya.
Harta..kebahagiaan..dan apa je
awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada
kuliah. (perempuan itu sengaja
membuat dalih)
Seminggu kemudian. Perempuan
'hot' nie di datangi seorang lelaki
lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan
dia agak islamik'. Pakai baju
Melayu siap bersongkok pulak tu.
Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-
apa pun, kenalah bersangka baik.
Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap
lelaki tu lembut)
Aliceagak terkedu seketika)
Waalaikumsalam. Kenapa awak
datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat
awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah
kenal awak, tau2 awak dah jatuh
cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan
awak kerana Allah telah ciptakan
perasaan cinta dalam hati saya
untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu
melihat jam tangannya) Maaflah,
saya ada study group. Lain kali kita
borak lagi.
Maka tertinggallah lelaki B
keseorangan tanpa jawapan dari
sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya,
perempuan itu didatangi oleh
seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali
ini, lelaki C berpenampilan biasa
dan sederhana saja. Wajahnya juga
tidaklah sekacak mana namun ada
sesuatu pada wajah itu. Entahlah
apa. Perempuan itu mengulum
senyuman manis untuk lelaki itu
kerana dia pasti bahawa lelaki ini
pasti akan bercakap benda yang
sama.
Alice: Saya tau kenapa awak
datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika)
Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan
saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well,
kenapa pulak? Sebab Allah telah
menghadirkan perasaan cinta kat
dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak
jatuh cinta di sebabkan rupa
saya..atau saya ni seksi..atau..saya
ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak
betul.(Lelaki C berubah menjadi
tegas). Ya, memang benar saya
jatuh cinta kat awak tetapi bukan
kerana Allah atau kerana
kecantikan awak, harta awak.. saya
jatuh cinta disebabkan Syaitan
Durjana. Syaitan yang mendorong
saya untuk mengejar awak.
Kemana saja awak jalan, mata saya
akan mengekori awak. Tatkala
rambut ikal awak terbang ditiup
angin, saya rasa perasaan saya
kacau.Wajah cantik awak sentiasa
datang bermain di jiwa saya pada
hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan
saya. Saya semakin hanyut.
Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-
apa. Mungkin hanya sekelumit
simpati. Hanya kalau awak sudi.
Maafkan saya, saya mohon untuk
berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama
awak? Macam mana saya nak
tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak
saya nak beritahunya kat awak.
Sesungguhnya nama yang saya
pinjam ini sungguh mulia. Saya
pasti awak tau apa nak dibuat.
Maafkan saya, saya tak sanggup
nak berlama-lama di sini.. Syaitan
itu sentiasa membisikkan perkara
yang jahat ke telinga manusia.
Salamu'alaikum.
Alice hanya melihat langkah lelaki
itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian.
Akif merehatkan dirinya di
pelantar rumah sambil menghirup
udara segar pagi. Tiba-tiba dia
disapa oleh ibunya.
Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok
Akif berumah tangga. Akif tak de
ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak
mencari pasangan yang betul2
berdiri di atas landasan yang
teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang
susah nak cari orang yang seperti
itu, kalau ada pun, nisbahnya
kecil. Manusia makin hanyut
ditelan arus dunia. Semakin
moden, semakin lupa
tanggungjawab kita sebagai
muslim. Tapi Akif, kita juga boleh
menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah
ibu, Akif akan cari seorang
perempuan..jika dia tak seperti
yang Akif harapkan, Akif yang
akan membentuk dia, mengubah
dia. Akif akan cuba laksanakan
permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu
sudah berkenan dengan seorang
gadis ini. Dia baik dan manis juga
orangnya. Pekerjaannya juga
mulia. dia bekerja sebagai seorang
guru di sekolah menengah agama.
Ibu dah berbual-bual dengan ibu
bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama
dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...
Seminggu sebelum hari
pertunangan. Waktu itu, Akif
berada di rumah Nur Alissa
Zakiyyah. Baru kali pertama Akif
ke sana. Rumah yang dijejakinya ini
sungguh besar dan luas.
Halamannya juga menarik
bersama landskap yang begitu
teratur. Bunga-bungaannya
memukau mata. Suasana agak
hingar-bingar. Ibu Akif berada di
dalam rumah mungkin sedang
sibuk membantu mereka yang lain
menyiapkan juadah makan tengah
hari bersama.
Akif berjalan menuju ke suatu
sudut di halaman itu namun
langkahnya terhenti apabila
terlihat seorang gadis bertudung
hijau lembut sambil mengenakan
pakaian baju kurung..entahlah
baju kurung jenis apa yang penting
ianya gubahan moden seiring
mengikut zaman. Gadis itu seperti
pernah dilihatnya di dalam
sekeping gambar. Gambar yang
diberi ibunya. Mungkinkah itu
bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk
menyapa gadis itu.
Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa
tersenyum lantas membelakangi
Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa
Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif
Rahmankan?(soal Alissa tanpa
menjawab pertanyaan Akif terlebih
dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq.
Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa?
Pernahkah kita bertemu atau
berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif
penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa
Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah.
Awak dah berubah, saya langsung
tak cam awak. Macam mana awak
boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang
meminta sekelumit simpati dari
saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta
kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana
agama yang ada pada awak...
Akif hanya tersenyum..

KISAH CINTA


Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya namanya kecantikan, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, mereka hidup berdampingan dengan baik namun suatu ketika datang
badai menghepas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu
semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri,CINTA sangat kebingungan sebab ia tak dapat berenang dan tdk mempunyai prahu dia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan smentara itu air smakin naik membasahi kakinya tak lama CINTA melihat Kekayaan sdang mengayuh perahu'kekayaan!kekayaan! tolong aku!,' teriak CINTA' Aduh! maaf, CINTA' kata kekayaan" aku tak dapat membawamu serta perahuku ini tenggelam lagipula tak ada tempat lagi bagimu.CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dgn perahunya " kegembiraan! tolong aku ! " teriak CINTA namun kegembiraan terlalu gembira karna ia menemukan perahu sehingga ia tak dpt mendengar teriakan CINTA, air semakin tinggi dan CINTA smakin panik.

Tak Lama lewatlah kecantikan " Kecantikan! bawalah aku bersamamu!, " teriak CINTA lg " Wah, CINTA kamu basah dan kotor, aku tak bisa membawamu nanti bisa mengotori perahuku yang indah ini " sahut kecantikan.CINTA sdih skali mendengarnya ia mlai menangis terisak-isak Saat itulah lewat kesedihan " Oh Kesedihan, bawalah aku bersamamu!, " kata cinta " Maaf CINTA aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja, " kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.CINTA putus asa.

Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.Pada saat kritis itulah tiba2 terdengar suara "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat2 naik keperahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lgi.Pada saat itu barulah CINTA sadar ia sama sekali tdk mengetahui siapa yang menolongnya, CINTA segera bertanya kpd penduduk pulau itu " Yang tadi adalah WAKTU ," kata penduduk itu "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku ? Aku tdk mengenalinya Bahkan teman2ku yg mengenalku pun enggan menolong" Tanya CINTA heran " Sebab HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU"